22 June 2009

Betui Ka Perlis Ada 26 Cawangan PKR?

Negeri Indera Kayangan, Perlis telah memulakan episod politik baru dengan kemasukan secara beramai-ramai bekas orang-orang UBN ke dalam PKR. Berita yang tak mengejutkan langsung dikalangan penyokong Pakatan Rakyat. Bukan perkara baru bila orang politik UBN kecewa dan tidak mendapat tempat dalam UBN, mereka akan masuk menyertai PKR berbanding PAS atau DAP. Orang Kampung bukan tidak suka kemasukan mereka, tetapi cara kemasukan mereka dan perjuangan depa dipersoalkan.

Jika dilihat perjuangan yang dibawa oleh bekas UBN ini, adakah mereka memperjuangkan untuk rakyat yang sudah muak dengan UBN atau sekadar membalas dendam kerana tidak mendapat tempat dalam UBN di Perlis. Memang kalau dah jadi darah daging untuk berpolitik, maka kerja lain dah tidak boleh dilakukan, melainkan berpolitik sahaja.

Bukan satu keseronokan kepada penyokong Pakatan Rakyat dengan berita kemasukan mereka ke dalam PKR tetapi Orang Kampung berharap PR khususnya PKR negeri lebih berhati-hati dalam perjawatan mereka. Ingatlah mereka ini telah diasuh dan dibasuh dengan wang ringgit dalam UBN dan tidak mustahil cara pembawakan perjuangan tidak akan lari dari duit kupang.

Memang betul kata orang, politik ini tidak lari dari duit. Dalam Muktamar Pas juga isu politik wang telah menjadi isu panas. Setakat sekarang, politik wang di kalangan penyokong PR, masih diperingkat yang boleh dikawal. Para penyokong bekerja untuk parti masih lagi tidak mengharapkan wang ringgit untuk menggantung poster, berkempen untuk calon pilihanraya. Berbanding dalam UBN, penyokong tak akan bergerak kalau duit tidak turun.

Jangan pula tradisi UBN ini dibawa oleh bekas-bekas UBN dibawa bersama-sama kedalam PR. Apapun, Selamat Datang kepada bekas UBN Perlis kedalam PR, dan Selamat Berjuang untuk Rakyat. Harapan Orang Kampung, anda semua ikhlas untuk menyokong Pakatan Rakyat

0 comments: