Orang kampung dah lama tak buat posting. Isu Penanti satupun orang kampung tak ulas. Bab Najib pun orang kampung tak ulas. Nampak isu yang tak berapa menarik sangat. Tapi bila kes balak keluardi Negeri Kedah, orang kampung rasa tertarik pula nak ulas. Kes mengatakan orang kanan MB dah buat penyalahgunaan kuasa dalam kes balak Kedah.
Orang kampung baca dan baca sampai 4-5 kali nak bagi paham betul-betul. Takut salah erti dan salah paham. Kalau orang kampung salah ulas minta maaf tapi kalau orang kampung pandang dari sudut tersirat itu adalah pandangan peribadi orang kampung.
Dalam kes terhangat di Kedah ini,syarikat AY yang membuat perjanjian dengan CH Lim memang sah dianggap Ali Baba. AY yang mempunyai lesen balak kelas B telah memohon mengeluarkan saki baki balak dengan cara sub kepada CH Lim. Ini dinamakan Ali Baba
Sepatutnya AY yang mempunyai lesen akan membuat kerja-kerja mengeluarkan balak sendiri dan segala perbelanjaan kos permohonan ditanggung oleh AY Trading. Ini jika benar AY akan melakukan kerja-kerja mengeluarkan balak sendiri.
CH Lim yang lebih cerdik dan pandai akan menggunakan segala kemudahan Bumiputra yang dimiliki oleh AY Trading untuk mengeluarkan balak tersebut. Ini bukan perkara baru yang dilakukan oleh syarikat-syarikat bukan bumiputra. Dah selalu depa dok buat pun. Syarikat-syarikat kepunyaan bukan bumiputra ini akan menggunakan mana-mana syarikat bumiputra yang sanggup berkerjasama untuk menjalankan aktiviti pembalakan malah dalam sektor pembinaan juga berlaku. Dengan syarat, segala perbelanjaan kos dan yuran tender ditampung penuh oleh syarikat bukan bumi ini.
Bagi syarikat bukan bumi ini, segala yuran dan kos permulaan dan wang saguhati ini nilai nya tak ubah seperti mengeluarkan sisa daging yang lekat dicelah gigi. Depa tahu keluar modal sikit pada permulaan, lepas itu bila dapat hasil akan berkali ganda. Depa bawa keluar banyak mana pun sapa tak tahu.
Orang kampaung hairan mengapa penulis tidak mendedahkan siapa pemilik AY Trading ini? Mengapa salahkan Metro Sunview. Dalam hal ini, AY yang talan dua muka dan ingin makan kedua-dua belah. Perjanjian yang dibuat dengan Metro Sunview adalah bertujuan untuk memastikan kejayaan mengeluarkan balak itu terbukti. Bagi AY, dia buat perjanjian dengan Metro tidak salah. AY mesti nak orang-orang MB ada dalam kontrak mengeluarkan balak tersebut. Supaya pada pemikirannya, ada orang politik, maka kerja lebih senang. Tapi tekaan AY salah, dia ingat orang PAS dalam Metro sama dengan orang UMNO?
Orang kampung sokong Metro membuat keputusan dan kuasa yang ada padanya untuk membatalkan perjanjian AY dengan CH Lim. Dah terang lagi bersuluh AY adalah talam dua muka, Ali Baba, Makan Keliling. Siapa punya syarikat AY TRADING? jika ada pembaca ingin bagitau, saya alu-alukan.
Ini adalah pemahaman orang kampung dari artikal yang ditulis. orang kampung memberi pendapat sendiri tanpa merujuk kepada orang lain. Pandangan dari sudut yang tersirat dari artikal yang ditulis.Apa pun LU PIKIIIIRRR SENDIRI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment