Banyak artikal mengenai PAS diterbitkan dalam blog samada pro-PAS atau musuh PAS sempena menjelang Muktamar PAS pada Jun depan. Isu utama pertembungan 2 pihak yang berebut untuk menjadi pemimpin tertinggi dalam PAS. Dengan kata lain golongan ulama yang sedia ada memimpin PAS, ditentang oleh golongan yang bukan ulama (tak pakai jubah atau serban atau kopiah dalam ceramah.
Berubat ini bukanlah sesuatu yang baru setiap kali pemilihan dalam muktamar PAS, tetapi Muktamar 2009 lebih menarik dan digembar-gemborkan oleh media massa sempena kebangkitan PAS bersama Pakatan Rakyat selepas PRU 12.
Setiap hari ada sahaja berita tentang pemilihan dan cerita calon menjelang Muktamar PAS 2009. Ada cerita baik dan ada juga cerita yang tidak baik mengenai calon. Yang paling tak sedap didengar adalah menularnya rasuah politik didalam PAS. Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Ketua Dewan Ulama.disini
Sedih rasanya bila gejala rasuah telah menular. Kemungkinan pihak daripada golongan tak pakai kopiah dan serban ini merasa inilah cara untuk mereka naik keatas. Sejarah telah membuktikan, hanya rasuah sahaja yang dapat membantu untuk menaikkan seseorrang pemimpin. Pembaca boleh menilai sendiri dalam pemilihan UMNO, begitu juga dalam PKR yang rata-ratanya orang-orang PKR adalah bekas UBN yang disishkan.
Orang kampung merasakan jika benar politik wang sudah menular dengan berkesan, maka tunggu saat dan ketika wahai orang PAS, anda juga akan jatuh sebagaimana jatuhnya UMNO sekarang. PKR bertahan adalah kerana saudara Anuar masih berkuasa, jika beliau hilang dari muka bumi ini, sudah tentu PKR akan dikuasai oleh puak bukan bumiputra sebagaimana Gerakan yang mana suatu masa duhulu diawal penubuhannya, pe3mimpin tertinggi adalah dari kalangan bumiputra, tidakpun akan bungklus terus.
Kembali kepanggal jalan wahai peminpin PAS yang tak suka pakai kopiah. Ingat kembali tujuan asal anda dalam PAS. Ada apa jika anda berjaya menjadi pemimpin, anda naik dengan duit. Ingat rakyat sedang memerhati anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment