17 May 2009

Betui Ka PAS Perlu Perubahan Kepimpinan

Senarai calon untuk pemilihan pucuk kepimpinan PAS sudah keluar. Presiden kekal tanpa bertanding. Calon untuk timbalan Presiden seramai 5 orang. Dikalangan 5 calon ini terdapat calon yang bukan berlatar belakangkan ulama dan berlatar belakangkan ulama. Orang Kampung tidak mengatakan 5 calon ini tidak pandai agama tetapi, mereka lebih dikenali sebegitu rupa.

Orang kampung tidak mahu mengulas calon-calon yang bertanding. Cuma ingin memberi pendapat tentang perubahan yang sepatutnya berlaku dalam kepimpinan ulama dan bukan ulama dalam PAS.

PAS telah mengwujudkan Majlis Syura yang memang dianggotai oleh ramai pemikir agama. Inilah ciri-ciri yang sepatutnya ada dalam sebuah parti kepimpinan Islam. Fungsinya adalah tidak lain , memberikan satu garis panduan, tunjuk ajar dan pedoman kepada kepimpinan parti jika suatu masalah timbul.

Perkara ini telah dipraktikkan di Iran, dimana Presiden Iran dikawal selia oleh Majlis Syuranya. Jika Majlis Syura kata Ya, tetapi presiden kata Tidak, maka keputusan Presiden akan terbatal dan perlu mengikut pendapat Majlis Syura. Disinilah letaknya fungsi majlis yang dianggotai oleh alim ulama dan orang-orang yang kuat agama. Dan jika persidangan Presiden dengan majlis syura, Presiden Iran itu akan berada dibawah dan ahli Majlis Syura akan duiduk ditempat yang lebih tinggi sedikit. Begitulah tingginya martabat ahli Majlis Syura didalam Islam.

Tetapi ini tidak berlaku dalam PAS. Majlis Syura dianggotai oleh Ulama dan Presidennya juga seorang Ulama. Mana mungkin ulama boleh mengawal ulama yang lain. Sebarang pertikaian kemungkinan sukar dipertikaikan kerana, Presiden sebagai ulama sedah tentu akan mengeluarkan kenyataan yang berlandaskan pengetahuan agamanya yang tinggi. Bila ini berlaku, Majlis Syura tidak lagi berkuasa dan tidak kena kalau berlaku pertikaian sebarang fakta tentang agama.

Sepatutnya Kepimpinan PAS diterajui orang-orang yang bukan digelar ulama. Para golongan ulama hanya perlu menganggotai Majlis Syura. Barulah ada satu kesinambungan dimana pentadbiran dikawalselia oleh para agama. Barulah pemimpin boleh ditegur, ditegur oleh Majlis Syura kalaupun bukan dari orang bawahan. Barulah manusia tidak leka dek kuasa dalam tangan. Orang Kampung tidak mengatakan calon kepimpinan Tertinggi dalam PAS perlu dari latar belakang sekular.

Apa yang terjadi sekarang, pemimpin dalam PAS mana ada orang yang berani tegur. Pak Presiden lagilah. Jangan kita pergi jauh, MB Kedah yang baru setahun jagung berkuasa, tidak ada seorang hali diKedah yang berani menegurnya kalau buat salah. Jangan kata orang luar, pegawai khasnya pun tak berani.

Bila ini berlaku, manusia akan mudah luka dan leka. Keangguhan sedikit sebanyak akan berputik dihati. Islam telah mengajar kita cara kepimpinan yang betul. Jangan kita sekadar menjaja mendirikan negara Islam tetapi basic kepimpinan Islam tidak di praktikkan sepenuhnya.

0 comments: