11 May 2009

Betui Ka Nizar Kekal Sebagai MB Perak

Salam kepada para pembaca. Lama sungguh posting tidak dibuat dalam blog orang kampung. Bukan kerana tidak ada isu untuk ditulis tetapi, kesibukan urusan dunia dalam meniti kehidupan harian menghadkan masa Orang Kampung untuk menulis. Isu terbaru Perak memaksa saya untuk menyuarakan pendapat yang tersirat.

Terkejut bila membaca dan mendengar berita mahkamah telah membuat penghakiman Ir Nizar kekal sebagai MB Perak. Orang Kampung mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat sekali lagi memenangi dalam pertempuran dengan BN.

Orang Kampung nampak kemenangan ini bukan akan kekal lama tetapi lebih menampakkan BN akan merampas secara total negeri Perak.

MB Nizar diberitakan mengadap Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk memmaklumkan keputusan mahkamah dan pengekalan beliau sebagai MB Perak yang sah. Sekiranya Nizar memohon perkenan Tuanku untuk pembubaran DUN Perak tetapi tidak diperkenan, maka MB perlu meneruskan sidang DUN.

Tidak ada lagi perkelahian antara ADUN-ADUN. FRU dan anggota polis pun tidak perlu berkawal. Maka ADUN BN akan membiarkan isu kemelut politik Perak ini sedikit reda, maka Zambry dan penyokong BN akan membawa satu usul undi tidak percaya kepada MB Nizar. Sudah tentu MB akan terlucut jawatan akibat undi tidak percaya memandangkan undi BN sekarang sudah melebihi PR.

Tetapi adakah PR boleh memimpin Perak sedangkan PR kekurangan mejoriti 3 ADUN? Akan ada pulakah ADUN yang akan melompat ke PR, kononnya untuk mengekalkan mejoriti? Bila PR memdapat mejoriti, PRK tidak perlu diadakan. Maka lebih senang untuk BN mecadangkan undi tidak percaya diDUN.

Inilah yang orang kampung nampak dalam isu dan kemelut politik diPerak. Jangan ahli dan penyokong PR suka dan gembira akan keputusan ini. fikirkanlah segala kemungkinan yang tersurat dan tersirat diseblik keputusan itu.

0 comments: