Orang kampung menerima kiriman email untuk memberitahu bahawa teh Cap Masjid adalah keluaran bukan bumiputra. Disamping itu, teh ini juga mengandungi pewarna yang berlebihan. baca seterusnya kiriman beliau..
KUALA LUMPUR 14 Feb. – Sebuah syarikat pengeluar serbuk teh mengaku tidak
bersalah di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini atas dua
tuduhan menggunakan bahan pewarna dalam serbuk teh yang dikeluarkan pada
13 Oktober 2005.
Teh Wangi Ros Sdn. Bhd. yang beralamat di No 371, Jalan 20, Taman Ehsan
Jaya, Batu Caves dekat sini didakwa melanggar Peraturan 260(3)
Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana serbuk teh tidak boleh menggunakan
apa-apa bahan pewarna.
Syarikat berkenaan didakwa di bawah Seksyen 13B(1) Akta Makanan 1983
dibaca bersama Seksyen 13B(2)(d) akta yang sama dan boleh didenda maksimum
RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan
bagi setiap satu kesalahan.
Mengikut dakwaan, dua pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan dari Pejabat
Kesihatan Daerah Gombak membuat pemeriksaan ke premis kilang dan mengambil
dua sampel iaitu Teh Guru Cap Masjid dan Teh Guru Cap Masjid (pek baru).
Sampel berkenaan yang dihantar ke Jabatan Kimia pada keesokan harinya
disahkan mengandungi bahan pewarna sunset yellow FCF yang dilarang dalam
serbuk teh.
Pengurus syarikat, Lee Chooi Moi, 40, yang hadir membuat pengakuan tidak
bersalah memohon masa perbicaraan untuk melantik peguam.Majistret Ahmad Rizki Abdul Jalil menetapkan perbicaraan kes itu pada 25
April depan.
Jenama teh : CAP MASJID Pengurus : Lee Chooi Moi,....
Sepatutnya pihak kementerian terbabit perlu membawa untuk pertimbangan kabinet untuk melarang sebarang bentuk penggunaan logo atau tanda cap yang boleh mengelirukan pengguna Islam. Dalam hal teh Cap Masjid, ratanya orang Islam akan mengatakan serbuk teh ini adalah keluaran Islam. Kalau kita pergi di kedai mamak, kebanyaknya mereka menggunaakn teh Cap Masjid ini.
Seperti biasa, rakyat Malaysia sekali lagi ditipu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment