Berita mengenai pertemuaan Pak Lah dengan Pak Sheik di satu majlis di Madrasah Darul Iman bersama Sheikh Mahmud AlMajzud mendapat perhatian dikalangan pemberita. Pak Lah mengatakan beliau hanya memenuhi undangan,begitu juga Pak Sheikh. Berita pertemuan ini begitu sensasi memandangkan ia hampir dengan tarikh peralihan kuasa.
Jika dari segi sejarah, Pak Lah dan Pak Sheikh tidak mempunyai masalah atau pertelingkahan peribadi berbanding Pak Sheikh dengan Pak Najid. Dizaman Pak Lah jugalah Pak Sheikh dibebaskan, dan orang yang pertama sampai kerumah Pak Sheikh bersama pasportnya ada menantu Pak Lah. Dalam ceramah PKR juga, Pak Sheikh ada menceritakan antara permintaan aruah idunda Pak Lah semasa Pak Lah melantik menjadi PM adalah membebaskan Pak Sheikh. Dari segi kampung halaman pun kedua-duanya boleh dikatakan sekampung. Sebusuk-busuk daging, orang kampung tetap akan dikenang juga.
Orang kampung masih percaya, bukan senang Pak Lah akan menyerah jawatan PM kepada Najid. Telah terdengar cakap-cakap dari orang PAS yang meminta Kerajaan Malaysia menimbangkan Kerajaan Campuran. Ini keluar sendiri dari Presiden PAS. Dari segi pemikiran yang lemah orang kampung, isu kerajaan campuran, pertemuan dengan Pak sheikh ini adalah untuk meperlambatkan tarikh peralihan atau memungkinkan tidak langsung.
Isu kerajaan campuran ini elok dari PAS kerana, ada dasar Islam, rakyat senang untuk menerimanya. Sukar dari Pak Sheikh untuk mengutarakan isu kerajaan campuran kerana ramai ahli PKR adalah dari UMNO. Takan Pak Sheikh hendak menyuruh ahli-ahlinya yang telah meludah, menjilat balik ludah itu.
Baik dari PAS mengetengahkan isu ini dan kemudian sokongan dari kerajaan seterusnya PKR pun akan bersetuju. Alasan dari pemimpin ini, demi kemajuan rakyat yang telah lama ditimpa musibah politik. Bila Pak Haji Haji cakap, disambut baik oleh Pak Lah dan terus diterima oleh PKR, maka dengan senangnya Malaysia akan mengubah sosio politik dengan berkerajaan campuran dengan Pak Lah masih menjadi PM.
Orang kampung nampak isu politik Malaysia menuju kearah yang membolehkan Pak Lah untuk menjadi PM lagi. Perjanjian tetap akan dibuat diantara PAS, Keadilan begitu juga DAP. Kemungkinan DAP membantah, tetapi bila ditawarkan beberapa kerusi penting, para pemimpin akan memulakan road show untuk memastikan pengikutnya menerima pakej rangsangan politik ini. Tapi apapun orang kampung mengatakan bukan senang Pak Lah untuk melepaskan jawatan PM itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment