03 October 2009

M&E Engineer Vacancy

We are an established consulting firm. We have IMMEDIATE VACANCY for the following position:-
M&E Engineer/Designer

Requirements:

* Degree in Mechanical/Electrical Engineering
* At least 2 years of working experience in M&E consulting firm.
* Computer literate (Office & Auto-CAD)
* Able to work independently
* Based in Kedah


Interested candidates are requested to email with comprehensive resume together with recent photograph and expected salary (NR) to:- pkhsdn.bhd@gmail.com

13 July 2009

Betui Ka PR & BN Berentap Esok?

Esok adalah hari untuk membuktikan PR terus laku dan laris dimata rakyat atau tidak. Begitu juga BN yang akan membuktikan terus hanyut atau luput terus dimata rakyat. Kepada semua pengundi yang berdaftar di Manek Urai, SELAMAT MENGUNDI. Fikirkan jauh didalam lubuk hati untuk memangkah parti mana. Pangkah anda menentukan perjuang parti di Malaysia, samada PR akan terus hidup atau BN akan terus nyawa-nyawa ikan.

Kepada petugas-petugas parti, sesungguhnya usaha anda akan terbayar esok malam.Ada petugaas yang gembira kerana membawa pulang sejumlah wang dan ada yang letih, sekupang pun tak dapat tapi hatinya puas.

SELAMAT MENGUNDI

12 July 2009

Betui Ka BN Mengugut Lagi Di Manek Urai?

Kehangatan Pilihanraya Kacil Manek Urai amat terasa dimana PAS perlu mempertahankan kerusi dan secara tidak langsung, Pakatan Rakyat ingin terus membuktikan rakyat menyebelahi mereka. Bagi BN pula, pilihanraya ini amat penting untuk membersihkan nama buruk BN dan juga ingin menaikkan Najib selaku PM yang mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.

Kempen dari kedua-dua parti seperti biasa amat meriah, khabar dari orang-orang yang berkampung di Manek Urai. PAS dengan isu minyak royalti yang tidak dibayar oleh Kerajaan Pusat, isu pembentukkan kerajaan Pakatan Rakyat. Almaklum semua isu yang biasa didengar didalam blog yang menjurus kepada PR.

Tetapi yang menarik, BN pula lebih mengutarakan isu yang mengugut pengundi. Isu Jambatan Baru, Isu meningkatkan taraf hidup, Isu kemudahan sukan yang amat kurang.

TPM telah mengetuai BN dalam membuat ugutan kepada pengudi dengan menyatakan, jika BN menang di Manek Urai, penduduk akan mendapat jambatan baru yang berharga RM 7Mil hingga RM 10 Mil. BN masih tidak pernah belajar dari kesalahan mengugut pengundi. BN tidak pernah membuat kerja rumah selepas setiap kekalahan pilihanraya jiak mereka tures mengugut. Pengundi Manek Urai tidak bodoh.

Takan mereka sanggup mengorbankan undi mereka semata-mata jambatan yang telah mereka gunakan puluhan tahun sebelum ini. Rasanya, penduduk tidak pernah merungut pun dengan jambatan sehala sediaada. Adakah BN tidak berfikir, Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang usaha untuk membina jambatan jika PR menang disana. Sekali lagi BN tidak profesional dalam menarik minat pengundi. Bagi Orang kampung, jika TPM mengeluarkan kenyatan ugutan itu, maka TPM tidak layak untuk menduduki kerusi itu. Lain lah kalau menteri biasa yang mengeluarkan kenyataan itu. Menakpakan BN begitu 'desperado' dalam pilihanraya

Datuk Shabery Chik juga telah mengugut dengan memberi jaminan akan membangunkan segalam kemudah asas dari segi sukan bagi membolehkan genarasi muda dapat menikmati dan menjalankan aktiviti suka dan rekreasi. Kata beliau selepas merasmikan karnival bola tampar dan bola sepak pantai di Lata Rek.

Kenapa KBS perlu tunggu BN memang baru nak bagi kemudahan asas kepada rakyat. Salahkan jika kemudahan terus diberi walau sapa pun memerintah. Untung-untung rakyat akan berterima kasih dengan kemudahan yang disalurkan, dan rakyat akan mengundi BN suatu hari nanti. Itu pun jika BN ikhlas untuk mengambil kemabli Kelantan dan negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat.

Orang Kampung melihat BN terus membuat ugutan. Tidak BN terfikir startegi dalam bentuk ugutan tidak pernah menjadi dalam memancing undi dalam pilihanraya? Kesian Pak Menteri BN yang begitu dungu dalam berkempen.

Berbalik sedikit cerita diKedah kedatangan PM Najid 11 pada hari ini. Khabarnya beliau akan membuat perjumpaan di Dewan Wawasan Jitra pada sebelah petang. Inilah yang berbeza jika pada masa BN memerintah Kedah, maka naiklah sepanduk sepanjang jalan yang akan dilalui oleh PM. Sepanduk yang membodek. Tapi kini Kedah dalam kerajaan PAS, adalah 3-4 sepanduk yang dinaikkan yang mengalu-ngalukan kedatang PM 11 Malaysia. PM 11 sempena Kereta PM berplat 11, tek ucapan dibawa oleh 11 kanak-kanak dan memulakan ucapan tepat jam 11.11 pagi. Ini Orang kampung petik dari kolum Mamat di Berita Harian. Nasib baik bukan H1N1. Apapun Orang Kampung ucapkan Selamat Datang Ke Kedah Kepada Perdana Menteri Malaysia.

06 July 2009

Betui Ka Ladang Babi Akan Pindah?

Para peniaga babi di Kedah begitu mengharapkan belas ihsan dari Kerajaan Pakatan Rakyat untuk membolehkan penternakan haram mereka dihalalkan oleh PR Kedah. isu ini menjadi hangat dek beberapa golongan penternak haram di Kampung Berjaya.

Cara tindakan DAP Kedah mengeluarkan kenyataan untuk keluar dari PR Kedah adalah sesuatu yang baik jika di lihat dari segi politik kerana secara tidak langsungnya, DAP kononya sudah tidak berkuasa dalam pemerintahan Kedah. Kononya lagi, secara tidak langsung, DAP akan lepas tangan dengan isu ini.

Isu babi bukan satu isu yang mudah. Sensitiviti perkauman dari kaum Malayu dan Cina amat tinggi sekali. Orang kampung merasakan, MB Kedah mempunyai ideanya sendiri dan dapat diselesaikan dengan baik. Tak perlu rakyat marhean untuk cepat melatah. tak perlu kita mengatakan MB Kedah dak membela orang Cina lebih dari Melayu. Adna jangan lupa, MB itu sendiri orang melayu dan Islam.

Dalam perkara penternakan babi ini, MB Kedah perlu untuk tyidak memindahakn ke tempat lain. Jika dipindahkan ke tempat lain, maka dengan automatiknya, penternak haram ini akan menjadi halal. Bekalan babi masih dikekalkan dari Pulau Pinang. Percayalah isu babi ini hanyalah isu seketika.

Jika dilihat, golongan yang menunjuk perasaan ini pun semua orang sudah tahu. Bukannya mereka menunjuk perasaan tetapi sekadar untuk mencabar kewibawaan MB sahaja. Kononya membantah perpindahan dari Kampung berjaya ke Pendang tetapi dalam kerajaan negeri sendiri baru mencadangkan pindah ke Pendang. Depa yang tunjuk perasaan seakan-akan dah pasti akan dibawa ke Pendang.

Rata-rata golongan Cina sendiri pun tidak suka penternakan babi diKampung Berjaya itu. Jika dirobohkan terus kawasan penternakan babi haram itu, maka golongan pembangkang Kedah pula akan menjadi hero untuk terus membela nasib peternakan haram ini. Ini gaya politik Malaysia yang suak menangkuk diair keruh.